Sepasang suami isteri dari Dusun Tapak Lembu, Jawa Timur menjadi tular apabila menamakan empat anak mereka hanya menggunakan satu huruf sahaja.
Sukari dan Wahyuningsih memilih menamakan anak mereka dengan nama V(16), J(11), L(5) dan N(2).
Menurut Sukari, dia dan isteri tidak mempunyai sebarang alasan mengapa memilih satu huruf sahaja untuk nama anak-anak mereka.
Beliau tidak bernazar atau mempunyai alasan istimewa kecuali mahu semua nama anak senang diingati.
Jelas Sukari yang merupakan lepasan Ijazah Sarjana Muda dari Fakulti Sains Sosial dan Politik, Universiti Muhammadiyah Yogyakarta,ada juga menegur nama anak itu satu bentuk doa jadi beliau beritahu, dia tetap mendoakan semua anak-anaknya menjadi insan baik, bijak dan berjaya dalam hidup.
Tambah Sukari, dia tidak pernah terlintas untuk menukar nama anak-anaknya kerana yakin ia membawa rezeki buat mereka sekeluarga.
Anak-anaknya tidak pernah dimasukkan ke hospital atau sakit yang teruk. Beliau percaya apabila namanya ringkas, maka pembawakannya juga tidak berat.Itu juga satu rezeki buat keluarga nya.
Catat Ulasan