Seorang wanita berusia 30 tahun dilaporkan menjadi nenek paling muda di Britain selepas anak perempuannya melahirkan seorang bayi lelaki pada usia 14 tahun.
Ibu kepada lima anak, Kelly Healey berusia hanya 30 tahun apabila anak perempuannya, Skye Salter melahirkan seorang bayi lelaki, Bailey pada Ogos 2018.
Keluarga itu bagaimanapun dikritik pengguna media sosial dengan Kelly diselar kerana didakwa tidak mendidik Skye mengenai pengetahuan pencegahan kehamilan.
Kelly yang berasal dari bandar Feltham, England memberitahu bahawa dia telah cuba memaklumkan kepada anaknya mengenai perkara tersebut tetapi Skye tidak aktif secara seksual ketika itu.
Skye bahkan tidak mengetahui kehamilannya sehingga kandungannya berusia lebih lapan bulan.Ibu muda itu terkejut dengan kehamilannya.
Menurutnya beliau tahu ia akan berlaku tetapi orang luar tidak tahu perkara sebenar yang berlaku. Dia tidak fikir tentang apa yang mereka katakan, mereka tidak mengenalinya
Menurut Skye yang kini berusia 18 tahun, beliau bangga dengan dirinya dan ibunya. Mereka bukannya orang yang membesarkannya.
Catat Ulasan