Obses Main Telefon Bimbit Hingga Abaikan Anak


Seorang wanita di  Indonesia mendedahkan rasa kecewa dengan sikap suaminya yang leka bermain telefon bimbit tanpa mempedulikan kebajikan anak dan rumah tangga mereka.

Wanita yang identitinya tidak didedahkan itu berkata, dia berasa ‘letih’ kerana perlu menguruskan rumah tangga berseorangan tanpa dibantu suaminya.

Menurut wanita itu, suaminya hanya asyik bermain telefon bimbit setiap hari dan tidak membantunya mendidik anak mereka.

Apabila pulang sahaja dari bekerja, dia terus bermain telefon bimbit dan tidak mengajak anak untuk bermain. 

Tambahnya, rasa kecewanya itu memuncak pada suatu hari apabila dia melempar telefon bimbit milik suaminya sehinggakan lelaki itu hampir menamparnya.

Menurut wanita itu lagi,beliau melempar telefon bimbit suaminya dan suaminya terus marah serta menghalaunya pulang ke rumah ibu bapanya.

Ekoran kejadian itu, wanita tersebut berkata, suaminya langsung enggan bercakap dan mempedulikan dia dan anaknya.


#

Seram betul alam rumah tangga. Semoga terus tabah. Pulang sahaja ke rumah ibu bapa dan bawa anak sekali.
 

0/komen