Oppo Reno7 Z 5G Kini Di Malaysia


Oppo Reno7 Z telah diumumkan dan lengkap dengan rangkaian 5G terbina menerusi janaan Snapdragon 695. Sama seperti beberapa model sedia ada, ia turut sama memberi tumpuan terhadap kebolehan penggambaran potret yang menarik.

Oppo Reno7 Z 5G ditawarkan pada harga RM1,699 dengan beberapa pilihan warna sepertI Cosmic Black dan Rainbow Spectrum. Sesi pratempah dibuka bermula 29 Mac – 1 April 2022 dengan penawaran hadiah percuma bernilai sehingga RM233. Ianya terdiri dengan beg galas Reno (RM109) dan potongan 50% untuk Oppo Enco Air2 dengan promosi pembelian dengan pembelian (PWP).


100 pelanggan terawal yang membuat pembelian menerusi Shopee bermula 29 Mac – 10 April 2022 pula layak untuk menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM129. Bukan itu sahaja, ia turut sama melayakkan anda untuk menyertai sesi cabutan bertuah bagi merebut hadiah bernilai sehingga RM2,526 – yang terdiri dengan Oppo Reno7 Z 5G, Oppo Enco Air2 dan banyak lagi.


Oppo Reno7 Z 5G dilengkapi skrin sebesar 6.43-inci AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula standard 60Hz. Ia juga dipadankan dengan memori 8GB RAM, storan 128GB dan bateri sebesar 4,500mAh yang menyokong pengecasan 33W. Sistem tri-kamera utama yang digunakan terdiri dengan gabungan sensor 64MP + 2MP + 2MP dan kamera swafoto pula adalah sebesar 16MP.


Bersama-sama dengannya, sistem lampu Dual Orbit Light seumpama yang terdapat pada Oppo Reno7 Pro turut disokong oleh peranti. Lain-lain spesifikasi yang disertakan termasuklah sokongan dwi-SIM, bicu audio 3.5mm dan menggunakan Android 12 dengan pelancar ColorOS 12.

 

0/komen