Pengganas Israel Bunuh Tiga Rakyat Palestin


Rejim Pengganas Israel menyerbu sebuah bandar di Tebing Barat selepas Israel digemparkan oleh tiga serangan berdarah dalam tempoh seminggu, dengan dua rakyat Palestin ditembak mati dan individu ketiga dibunuh selepas dia melancarkan serangan menggunakan pisau di dalam sebuah bas.

Keganasan itu berlaku selepas seorang lelaki bersenjatakan raifal M-16 membunuh lima orang awam Israel di beberapa batang jalan di Bnei Brak iaitu sebuah bandar penganut Yahudi Ortodoks dekat Tel Aviv, malam kelmarin.

Insiden tembakan itu menyaksikan bilangan individu yang terbunuh semasa minggu keganasan melibatkan penduduk Israel berketurunan Arab dan Palestin meningkat kepada 11 orang. Perkembangan itu juga berlaku beberapa hari menjelang permulaan bulan Ramadan.

Pertumpahan darah terbaharu tercetus apabila tentera pengganas  Israel menyatakan bahawa askarnya membalas tembakan selepas mereka ditembak semasa operasi menangkap sebilangan suspek di bandar Jenin, Tebing Barat.

Menurut tentera Rejim Pengganas Israel  dalam satu kenyataan , lelaki-lelaki bersenjata Palestin melepaskan tembakan ke arah askar mereka. Pasukan tentera pengganas Israel kemudiannya melepaskan tembakan balas, seorang askarnya dirawat di hospital.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Palestin menyatakan, tentera penjajah / pengganas Israel membunuh dua rakyat Palestin, kedua-dua mereka lelaki dan masing-masing berumur 17 serta 23 tahun dalam kejadian di Jenin itu, manakala 15 yang lain cedera.

Tidak lama kemudian, seorang rakyat Palestin menikam penduduk awam Israel di dalam sebuah bas di bandar Baitul Laham, selatan Tebing Barat sebelum dia ditembak mati oleh seorang penumpang lain.
 

0/komen