Pesawat Kargo Terbesar Dunia Disahkan Musnah


Pesawat kargo komersial terbesar dunia Antonov An-225 Mriya kini sah musnah. Video yang diambil di Lapangan Terbang Antonov yang muncul  menunjukkan bahagian hadapan pesawat terbakar dan remuk dengan bahagian hidup ranap ke permukaan lantai hangar.


Sebelum ini beberapa imej satelit yang diambil memberikan harapan An-225 mungkin terselamat dari sebarang kerosakan. Tetapi jelas sekali dari visual di atas bahagian bumbung hangar telah diserang dan ini mengakibatkan bahagian hadapan pesawat turut ranap. Dapat dilihat juga bahagian hadapan sayap pesawat yang turut terbakar dengan enam enjin masih tergantung.

Syarikat pertahanan negara Ukraine, Ukroboronprom mengeluarkan kenyataan sebelum ini bahawa pesawat akan dibina semula dengan kos sekitar $3 bilion yang akan ditanggung oleh Rusia.


Di peringkat awal, dua An-225 ingin dibina untuk program kapal angkasa Buran. Pesawat kedua tidak disiapkan kerana program dibatalkan selepas kejatuhan Kesatuan Soviet. Kerangka pesawat masih wujud dan diletakkan di perkarangan kilang sejak penghujung 80an. Jika Mriya akan terbang semula, kerangka ini mungkin akan digunakan sebagai pesawat binaan semula.

 

0/komen