Gerakan Rentap terjadi pada 1849-1861. Tokoh ini lahir sekitar tahun 1800 dan tinggal di kawasan Sungai Saribas. Pahlawan Rentap mula terlibat dalam gerakan anti Brooke apabila Brooke didapati melakukan cubaan untuk menyebarkan dakyah agama kristian di bumi Sarawak. Agenda Kristianisasi oleh Brooke sangat jelas apabila berlaku kebangkitan penentangan masyarakat secara besar-besaran.
Serangan bermula apabila Brooke menghapuskan penempatan Iban dan membina markas missionari sebagai pusat penyebaran agama Kristian. Selepas meruntuhkan dan membakar penempatan iban, dengan liciknya Brooke kerana ingin menutup namanya sebagai dalang aktiviti melanun, dia menuduh orang Iban sebagai lanun.
Bukan itu sahaja, Si Lanun Brooke juga dikatakan bersama anak saudaranya Charles menjarah dan merampas hasil bumi Sarawak dan menjual bagi mengumpul kekayaan peribadinya. Mempunyai hubungan rapat dengan syarikat India Timur British memudahkan lagi urusan Si Lanun Brooke memperdagangkan segala hasil bumi Sarawak
Brooke juga dikatakan mewujudkan pelbagai undang-undang yang menuduh kononnya Iban itu lanun, padahal undang-undang itu adalah untuk melindungi aktivitinya melanun di laut dan merompak di darat. Undang-undang itu ibarat lesen untuknya menjarah hasil bumi Sarawak tanpa gangguan.
Rentap, sebagai pahlawan berani berjuang menentang angkatan Si Lanun Brooke dalam peperangan di Benteng Maru. Ini berlaku pada 31 Julai 1849. Pahwalan Rentap mula mengukuhkan kedudukan dengan membina kubu di Tabbat. Gerakan penentangan ini mendapat sokongan dari kawasan Sekrang dan Saribas.
Dalam usaha untuk melindungi jajahannya dan hasil bumi Sarawak yang dicurinya, Si Lanun Brooke terpaksa membina kubu di Lingga.
Bagaimanapun ini tidak menghalang Pahlawan Rentap daripada menyerang kubu Si Lanun Brooke di Sekrang dan Lingga.
Bagi mengatasi masalah ini, anak saudara Brooke iaitu Charles Brooke dihantar mengetuai ekspedisi menghukum. Oleh kerana kurang tenaga, Charles Brooke mendapat bantuan dari orang dayak yang berpaling tadah dari sekutu Rentap. Ekspedisi ini kurang berhasil.
Pada bulan Disember 1852, Si Lanun Brooke datang ke Sekrang untuk berunding tetapi Pahlawan Rentap menolak. Satu lagi ekspedisi menghukum dihantar pada bulan Ogos 1854. Angkatan ini terdiri daripada beberapa ribu orang Dayak.
Ekspedisi ini mulanya diarahkan menyerang rumah panjang di Apai Dendang sebelum menyerang Rentap di Sungai Lang. walaupun Pahlawan Rentap cedera tetapi sempat menyelamatkan diri dan kemudian mengambil tindak balas menyerang orang Dayak yang menyokong Si Lanun Brooke.
Pada tahun 1853, Rentap menyerang kubu Si Lanun Brooke di Nanga Skrang. Pasukan Rentap mencapai kejayaan dan seorang pegawai Brooke iaitu Allan Lee terbunuh. Kejayaan ini mengharumkan nama Rentap di kalangan orang Iban.
Pada tahap ini nama Rentap begitu popular dan menjadi pusat tumpuan penentang Si Lanun Brooke. Rentap telah mengisyitiharkan dirinya sebagai Raja Pendalaman. Bagi mengukuhkan kedudukan, Rentap telah membina kubu di Sadok. Pada tahun 1857, sekali lagi Charles Brooke mengetuai ekspedisi menghukum tetapi terpaksa berundur sekali lagi.
Sekali lagi Rentap dan penyokong-penyokongnya membalas dendam dengan menyerang orang Dayak yang menyokong Si Lanun Brooke. Kali ini tumpuannya di Lupar dan Saribas. Satu lagi langkah yang dibuat oleh Rentap bagi mengukuhkan kedudukannya ialah dengan membina kubu di Betong.
Si Lanun Brooke meneruskan tekanan dengan menghantar ekspedisi menghukum pada tahun 1858. Ekspedisi yang dihantar pada bulan September 1861 ternyata lebih berkesan dan Kubu Rentap di Bukit Sadok ditawan pada bulan berikutnya. Rentap melarikan diri ke dalam hutan tetapi kemudiannya tinggal di Etabai dan seterusnya di Wak, Julau sehingga usia tuanya dan meninggal dunia di Tembawai Panggil.
IBAN BUKAN LANUN!! RENTAP ADALAH PAHLAWAN YANG MEMBELA NASIB SUKU KAUM DAN HAMPIR BERJAYA MEMBONGKAR AKTIVITI SI LANUN BROOKE!!
Catat Ulasan