Ubah Suai Bas Mini Jadi Kereta Perisai


Seorang bapa di Vietnam meluangkan masa beratus-ratus jam dan membelanjakan wang ribuan dolar untuk menukar sebuah bas mini lama menjadi kereta perisai kayu untuk anak lelakinya.

Setiap hujung minggu, Truong Van Dao memandu kereta perisai kayu itu di sekitar kejiranannya di wilayah Bac Ninh, timur Hanoi bersama anak lelakinya yang berusia tiga tahun di bahagian turet.

Kereta perisai  kayu  itu dibina berdasarkan model kereta perisai Perancis, EBR105 dan lengkap dengan replika meriam sepanjang 2.8 meter. Kos pengubahsuaian tersebut adalah sekitar AS$11,000 (RM46,447).

Anak lelaki beliau dan beliau  berasa lebih seronok menaiki kereta perisai. Dia  menganggap ia sebagai kereta biasa. Beliau melakukan pengubahsuaian supaya lebih seronok. Ia tiada kena mengena dengan senjata atau perang.

Lelaki berusia 33 tahun itu bekerja sebagai tukang kayu. Dia bersama dua rakan sekerjanya mengambil masa tiga bulan untuk menukar bas mini itu menjadi kereta perisai. 

0/komen