13 Pelajar Ditahan Kes Pukul Rakan


Pihak polis menahan 13 pelajar sebuah sekolah menengah di sini yang dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan yang tular di media sosial semalam.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, kesemua pelajar tersebut adalah pelajar tingkatan empat dari sekolah sama.

Menurutnya ,lima daripada pelajar terbabit adalah daripada kelas sama dengan mangsa dan bakinya daripada kelas lain.



 Seramai 12 daripada mereka ditahan pada pukul 12.30 tengah hari semalam  sebelum seorang lagi ditahan pada pukul 3 petang hari yang sama.

Rakaman percakapan kesemua suspek sedang diambil.Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

0/komen