Bekerja Di Syarikat Sama Selama 84 Tahun


Buku Guinness World Records mengisytiharkan seorang lelaki berusia 100 tahun di Brazil sebagai pekerja paling setia di dunia kerana bekerja di syarikat sama selama 84 tahun.

Walter Orthmann mula bekerja di syarikat tekstil Industries Renaux S.A. (kini RenauxView) yang terletak di bandar Brusque, negeri Santa Catarina pada 17 Januari 1938 ketika dia berusia 15 tahun.

Dia bermula sebagai seorang pembantu di jabatan penghantaran dan memegang jawatan itu selama bertahun-tahun sebelum dinaikkan pangkat menjadi pembantu tadbir dan akhirnya pengurus jualan.

Orthmann mengikuti lawatan jualan di serata dunia sepanjang kerjayanya selama 84 tahun. Dia pernah menerima gaji dalam sembilan mata wang berbeza dan menggunakan hampir setiap syarikat penerbangan komersial dalam sejarah penerbangan di Brazil.

Pada Februari lalu, nama Walter Orthmann secara rasmi direkodkan dalam buku Guinness Book of Records kerana mempunyai kerjaya paling lama dalam syarikat yang sama selama 84 tahun dan 9 hari.

Pada 19 April lalu, Orthmann sudah berusia 100 tahun tetapi dia tidak bercadang untuk bersara daripada satu-satunya syarikat yang dia pernah bekerja. 


 

0/komen