Diarah Bayar Jika Minum Air Kosong


Seorang majikan di Amerika Syarikat (AS) digelar majikan paling teruk di dunia apabila mengenakan caj bagi air minuman yang diletakkan di ruang pejabatnya.

Salah seorang pekerja di situ memberitahu majikannya menampal nota peringatan kepada kakitangan untuk membuat bayaran bulanan sekiranya meminum air tersebut.

Air minuman ini bukan percuma. Sesiapa yang mahu meminum air ini, sila sertai Kelab Air Minuman dan bayar yuran AS$5 (RM21.09) sebulan menurut  tulisan pada nota tersebut.

Ianya  merupakan satu tindakan yang tidak patut dilakukan oleh mana-mana majikan.

Bagi pembayaran AS$60 (RM253) setahun, harapnya air minuman itu boleh menyembuhkan penyakit kanser.
 

0/komen