Didakwa Diculik Jembalang


Seorang kanak-kanak di Argentina didakwa diculik oleh makhluk halus jembalang  yang kemudian menghanyutkannya di sebuah lagun sebelum diselamatkan oleh anjing peliharaan mangsa.

Dalam kejadian  pada 6 April lalu, kanak-kanak dikenali sebagai  Sebastian itu  dikatakan diculik oleh makhluk yang terkenal dalam cerita dongeng tempatan dan  digelar Pombero.

Ia dikatakan bersaiz pendek, berbulu dan kuat. Makhluk itu juga jarang ditemui kerana boleh menjadi halimunan.

Menurut ibu Sebastian, Mariela Escalante, dia dan jiran-jirannya yang mencari kanak-kanak itu yakin bahawa Pembero telah melarikan anaknya.

Ini bukan kali pertama kanak-kanak lelaki hilang dan ditemui jauh dari rumah.

Sebastian diselamatkan oleh anjing peliharaannya, yang menyalak untuk menarik perhatian penduduk berdekatan.

Haiwan itu dikatakan menarik jubah kostum adiwira Captain America milik kanak-kanak itu yang dipakainya ketika kejadian.

Seorang wanita kemudiannya menyedari bunyi salakan anjing itu, lantas berjaya mengenal pasti lokasi Sebastian sebelum menyelamatkannya daripada lemas.

Tidak di nyatakan sama ada laporan polis telah dibuat berhubung kejadian itu.

 

0/komen