
Seorang lelaki di Uganda dilaporkan membunuh seekor singa dengan tangannya sendiri sebelum memasak daging binatang buas itu untuk dimakan.
Pertarungan maut berlaku apabila ‘Raja Rimba’ itu menceroboh masuk ke dalam rumah lelaki tersebut.
Lelaki yang identitinya tidak didedahkan itu berada keadaan berdarah dan berbalut di serata bahagian badannya, dipercayai kesan serangan haiwan tersebut.
Lelaki berkenaan dari daerah Iganga, timur Uganda merawat lukanya selepas bertarung dengan seekor singa yang ditemui dekat rumahnya. Dia membunuh singa itu.
Lokasi kejadian bagaimanapun menjadi pertikaian kerana terdapat beberapa sumber online yang mendakwa, ia berlaku di daerah Mpefu Kagadi.
Kejadian itu bagaimanapun turut menerima kecaman daripada sebilangan pengguna laman sosial yang menyifatkan tindakan membunuh singa itu adalah tidak wajar.
Banyak haiwan diancam kepupusan, jadi mana-mana haiwan yang berkeliaran perlu ditangkap hidup-hidup, dikembalikan ke hutan atau diberikan kepada pihak zoo.
Catat Ulasan