Huawei Mate Xs 2 Kini Rasmi


Huawei Mate Xs 2 akhirnya dilancarkan secara rasmi dengan rekaan skrin melipat keluar sama seperti model-model terdahulu.Ia mempunyai skrin OLED sebesar 7.8″ dan 6.5″ apabila dilipat yang menyokong kadar segar semula 120Hz.


Peranti walau bagaimanapun hanya dilengkapi cip Snapdragon 888 4G yang sama dengan yang digunakan pada P50 Pro yang dilancarkan beberapa bulan yang lalu. Ini dipadankan dengan memori sehingga 12GB LPDDR5, storan sehingga 512GB dan bateri sebesar 4880 mAh yang menyokong pengecasan 66W.


Tri-kamera utama menggabungkan sensor 50+13+8MP dan kamera swafoto pula sebesar 10.7 MP. Terdapat sokongan zum optikal sehingga 8 kali. Seperti model terdahulu, tri-kamera utama diletakkan pada bahagian sisi secara menegak.


Rekaan tubuh kukuh kerana menggunakan bahan titanium untuk lebih tahan lasak. Seperkara yang menarik ialah skrin nampaknya tidak mempunyai sebarang kesan lipatan yang ketara. Ia turut menyokong penggunaan stylus M-Pen 2S.


Di China Huawei Mate Xs 2 dijual pada harga RMB 9999 (~RM 6592) untuk model 8/256GB, RMB 11,499 (~RM 7581) untuk model 8/512GB dan RMB 12,999 (~RM 8570) untuk model 12/512GB dalam tiga pilihan warna hitam, putih serta ungu.

0/komen