Jenazah seorang lelaki di Kabupaten Takalar, wilayah Sulawesi Selatan tidak dapat dimandikan gara-gara gagal melunaskan hutang sebelum meninggal dunia.
Jasad Rusli Daeng Sute ditahan daripada proses mandi jenazah oleh pemiutang wanita bernama DN sehingga ada pihak yang dapat menyelesaikan hutang arwah.
Menurut maklumat yang diterima, DN sebenarnya adalah sepupu arwah sendiri dan telah memberi pinjam wang tunai sebanyak 2 juta rupiah (RM602) kepada arwah Rusli.
Menurut kata DN ketika datang membuat kecoh di rumah arwah,selagi hutang Rusli tidak dibayar, jangan ada sesiapa yang mandikan atau uruskan jenazahnya.
Meskipun dipujuk agar hal hutang diselesaikan selepas pengebumian selesai, DN bertegas mahu wangnya dibayar serta merta.
Suasana tegang itu berjaya ditenangkan selepas ahli keluarga Rusli berjaya mengumpulkan RM602 untuk dibayar kepada DN.
Catat Ulasan