Jumpa ‘anak naga’


Seorang nelayan Rusia menemui sejenis makhluk laut yang mempunyai rupa seperti seekor anak naga.

Roman Fedortsov, 39,  menangkap  ikan kod, haddock dan tenggiri menggunakan pukat tunda komersial dan kadangkala,  pukatnya mencapai kedalaman sehingga 914 meter di bawah permukaan laut.

Aktiviti menangkap ikan  laut dalam itu menyaksikan Fedortsov kerap menemui haiwan  aneh dan yang terbaharu, makhluk laut  itu  yang digelar sebagai ‘anak naga baru menetas’ .

Haiwan itu bagaimanapun dikenal pasti sebagai chimaera iaitu  ikan rawan atau juga  jerung hantu.

Fedortsov turut menemui makhluk laut lain yang kelihatan  mirip dengan burger keju dan donat.

Itu hanyalah tiga daripada pelbagai spesies laut pelik dan indah yang ditemui oleh Fedortsov. Dia menjadi sensasi di internet kerana kerap  memuat naik gambar hidupan laut luar biasa.

Fedortsov menemui kebanyakan hidupan unik itu di laut Norway dan Barents,  utara Rusia. 

Menurutnya ,semua jenis ikan cantik dengan cara tersendiri.Beliau tidak menganggap hidupan ini menakutkan atau hodoh.

 

0/komen