
Tindakan polis Shanghai menyumbat kucing hidup di dalam plastik sampah untuk disembelih menjadi tular di media sosial.
Sembilan beg plastik sampah besar diletakkan di tepi jalan dengan terdapat kucing-kucing pada bahagian dalamnya yang dilihat masih lagi bergerak.
Orang ramai membunuh diri dengan terjun dari balkoni rumah dan haiwan peliharaan milik individu yang diuji positif Covid-19 sedang dikumpulkan untuk dibunuh dan disembelih di Shanghai.Ini yang berlaku di China.
Seramai 26 juta penduduk Shanghai telah dikenakan perintah berkurung yang sangat ketat selama lebih lima minggu dengan pihak berkuasa China membenarkannya sebagai satu cara untuk mengawal penularan kes Covid-19 di bandar itu.
Shanghai sedang bergelut untuk membendung wabak itu dengan lebih 20,000 kes Covid-19 sehari dilaporkan setakat ini.
Catat Ulasan