Majikan Arah Hantar Gambar Penggunaan Bateri Telefon Pintar



Seorang majikan di Wuhan, China mencetuskan kontroversi apabila meminta pekerjanya menghantar tangkap layar graf penggunaan bateri telefon bimbit sebelum pulang dari tempat kerja.

Arahan tersebut susulan majikan itu percaya prestasi merosot pekerjanya sejak beberapa bulan lalu berpunca daripada mereka  menghabiskan masa dengan melayari media sosial pada  telefon pintar berbanding menyiapkan tugasan yang diberikan.

Salah seorang pekerja yang tidak berpuas hati dengan perkara itu memuat naik status di platform Weibo sambil mengatakan, arahan tersebut mencabuli hak privasi mereka.

Rata rata netizen bersetuju dengan pendapat pekerja tersebut dan menasihati dia supaya mencari kerjaya baharu.

Ini adalah tanda-tanda anda memerlukan kerja baharu. 

Bagaimanapun, menurut beberapa sumber, kontroversi yang tercetus di media sosial telah sampai ke pengetahuan majikan berkenaan dan beliau mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya.

Menurutnya,  tindakan meminta tangkap layar penggunaan bateri bukan satu bentuk pelanggaran privasi sebaliknya hanya mahu memastikan pekerja benar-benar fokus semasa  waktu kerja dan tidak menghabiskan masa bermain permainan video atau melayari internet.
 

0/komen