Objek Misteri Ditemui Tergantung Pada Pokok


Penduduk bandar Stourbridge di England digemparkan dengan penemuan sebuah objek misteri yang tergantung pada sebatang pokok.

Pejalan kaki di kawasan itu dinasihatkan untuk berhati-hati dengan objek bersaiz 25.4 sentimeter (sm) dan berwarna kelabu itu kerana dikhuatiri merupakan seekor kelawar gergasi atau sarang yang tergantung pada dahan.

Namun, beberapa individu mendakwa bahawa objek tersebut adalah pod buah belalang madu iaitu sejenis tumbuhan yang berasal dari China dan bukannya Britain.

Penduduk tempatan turut menyangka ia seekor kucing yang terperangkap di dalam guni.

Penduduk bernama Emily JC menemui objek berkenaan pada sebatang pokok di belakang rumahnya dan memuat naik imej tersebut di laman Facebook.

Beliau menanyakan  jika sesiapa  ada idea tentang benda berkenaan yang tergantung pada sebatang pokok di laman belakang rumah.

Persatuan Diraja  yang di hubungi untuk Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan (RSPCA) mencadangkan bahawa haiwan itu mungkin seekor kelawar, tupai atau pakaian ketat.
 

0/komen