Percutian Bertema Maghribi


SENI bina daripada negara-negara di Asia Barat seperti Turki dan Maghribi mempunyai tarikan yang tersendiri.

Penggunaan warna terang dengan jubin bercorak menyerlahkan sisi elegan pada tata rias seni bina di situ, menjadikan ia sebagai antara seni bina yang paling dikagumi.

Sebuah inap desa dengan dekorasi bertemakan Maghribi, sebuah vila di Jeram, Selangor  menjadi tumpuan orang ramai yang mahu merasai sendiri pengalaman menginap di situ.

Di vila tersebut, pengunjung boleh merasai pengalaman umpama sedang bercuti di sebuah vila mewah di Maghribi.



Villa Sajuri terletak di Kampung Sungai Sembilang, Jeram, Selangor dan membuka pintunya kepada pengunjung pada awal Disember lalu. 

Menurut pemiliknya, Faiz Hairudin, 36, ciri-ciri yang ada pada binaan vila tersebut adalah mengambil inspirasi daripada kediaman-kediaman di Maghribi.

Binaan tidak rata, jubin dan mozek yang dilapis serta penggunaan hiasan berwarna warni merupakan antara ciri yang menyerlahkan estetika hiasan dalaman Maghribi.

Sebelum ini, beliau banyak mengembara dan sejujurnya, dia suka melihat seni bina dari Maghribi yang cukup cantik.

Menurutnya, pemilihan warna pada binaan di Vila Sajuri adalah mengambil inspirasi daripada hiasan dan dekorasi daripada negara di Asia Barat itu.

Biarpun tidak mempunyai latar belakang dalam bidang seni bina, dia amat meminati seni bina Maghribi yang kerap meletakkan courtyard pada bahagian kediaman.

Jika diperhatikan, rumah-rumah di Maghribi rata-ratanya mempunyai courtyard yang besar dan merupakan gaya signaturnya.


Memandangkan cuaca di negara itu lazimnya kering, courtyard pada kediaman di situ akan kekal bersih dan kering.

Oleh itu, beliau turut meletakkan ciri sama pada vila ini bagi menyerlahkan lagi unsur yang ada pada binaan di Maghribi.

Antara kemudahan yang disediakan di Villa Sajuri termasuklah peralatan barbeku, kolam renang persendirian, meja ‘pool’, sistem karaoke dan juga padang golf kecil.

Malah, bagi ibu bapa yang mahu beraktitivi bersama anak-anak pula, Faiz turut menyediakan ruangan melukis di dinding atau ‘wall painting’ di dalam vila tersebut.

Faiz berkata bahawa nama Sajuri yang dipilih itu berasal daripada satu perkataan 

Ironinya, nama Sajuri itu sebenarnya tidak berasal daripada perkataan Maghribi. Ia sebenarnya berasal daripada perkataan Sayuri yang membawa maksud bunga dalam bahasa Jepun.

Namun, memandangkan nama tersebut sudah pun digunakan,beliau kemudian menukarnya kepada Sajuri.

Kedudukan vila tersebut yang tidak begitu jauh daripada bandar Kuala Lumpur juga menjadikan ia sebagai satu tarikan ‘staycation’ bersama keluarga dan rakan-rakan.

Dia juga berharap agar kehadiran pengunjung ke situ akan membolehkan mereka menerokai tarikan lain di kawasan Jeram seperti Pantai Remis bagi merancakkan lagi pelancongan di situ.

Pengunjung boleh membuat tempahan dengan menghubungi Hanis di talian  019-3343686.

Harga penginapan bagi satu malam pula tidak melebihi RM2,000. Sebarang tempahan boleh dibuat menerusi laman web www.airbnb.com.
 

0/komen