Pesakit Covid-19 Di Layan Seperti Penjenayah


Sepasukan  anggota polis berpakaian sut perlindungan diri memecah masuk ke dalam sebuah unit apartmen lalu cuba menahan seorang lelaki untuk dibawa ke kem kuarantin.

Kejadian itu berlaku di salah satu kawasan perumahan di Shanghai, di mana 25 juta penduduk bandar ketiga terbesar di dunia itu dikenakan perintah berkurung sejak 5 April lalu untuk menyekat penularan Covid-19.

Namun lelaki tersebut dilihat keluar ke balkoni untuk melarikan diri ketika rumahnya diserbu pasukan polis.

Lelaki itu kemudiannya ‘ditembak’ menggunakan pistol perenjat sebelum menjadi lemah lalu dijatuhkan ke lantai balkoni oleh polis.

Dia kemudiannya dilaporkan dibawa ke kem kuarantin.

Dalam pada itu, laporan lain turut tersebar mengenai penduduk dikuarantin yang didakwa tidak mendapat bekalan makanan berhari-hari manakala haiwan peliharaan turut dipukul sehingga mati selepas pemiliknya positif Covid-19.

0/komen