Poco Watch Turut Diumumkan


Poco Watch juga turut  diperkenalkan dengan muka jam berbentuk segi empat dengan padanan tali berasaskan silikon. Di samping itu, ia turut memfokuskan terhadap kebolehan pemantauan kesihatan dan kecergasan pengguna.


Ia dijual pada harga RM299 untuk seutas. Ia bagaimanapun boleh ditawarkan pada harga promosi lebih rendah iaitu RM249 untuk masa terhad. Jualan pertama bermula pada 28 April 2022 menerusi kedai atas talian Poco di Lazada dan Shopee.



Poco Watch dilengkapi skrin bersaiz 1.6-inci AMOLED dengan saiz bezel yang seimbang. Bateri disertakan mampu menyajikan ketahanan maksimum mencapai 14 hari. Selain itu, ia juga menyokong sehingga 100 mod sukan terbina, pada masa sama mampu mengesan aktiviti semasa yang sedang dilakukan oleh pengguna secara automatik. Tidak ketinggalan, ia juga menawarkan sejumlah sensor penjejak kesihatan seperti pemantauan kadar degupan jantung, oksigen dalam darah, pola waktu tidur dan sebagainya.
 

0/komen