Rumpai Laut Penyelamat Tamadun Manusia


 

Saintis-saintis mendedahkan bahawa mereka telah merangka strategi untuk  manusia bertahan sekiranya berlaku konflik nuklear, namun ia melibatkan penggunaan rumpai laut.

Laporan terbaharu oleh kumpulan Alliance to Feed the Earth in Disasters merangka jalan keluar daripada krisis nuklear seperti yang dibimbangi oleh saintis-saintis susulan perang di Ukraine.

Memandangkan rumpai laut hanya memerlukan sedikit cahaya matahari dan boleh menangkis sinaran radiasi, ia sesuai  dijadikan asas pertanian besar-besaran.

Kesan rempuhan asteroid dan letusan gunung berapi yang besar juga merupakan antara senario yang memerlukan tindakan serupa.

Menurut kata saintis, Juan García Martínez ,mereka cuba mempromosikan kesiapsiagaan iaitu budaya supaya institusi, kerajaan dan syarikat swasta bersedia untuk menghadapi malapetaka global yang mungkin berlaku dalam masa terdekat.

Pakar-pakar berkata,  kelangsungan hidup manusia memerlukan tindak balas dalam tiga fasa.

Fasa pertama melibatkan penyembelihan besar-besaran ternakan dan ikan yang boleh mewujudkan selang masa sementara sumber makanan alternatif ditemui.

Selepas itu, memproses gula daripada kayu di hutan mati perlu dilakukaan kerana ia akan membantu membekalkan tenaga kepada manusia yang terjejas.

Peringkat ketiga akan melihat penanaman tanaman ruji seperti kentang dan rumpai laut, dimulakan berhampiran dengan kawasan khatulistiwa.

Benih tanaman ini perlu disemai dengan cepat kerana rumpai laut membantu menyediakan nutrien penting.

Tambah Martinez, amat penting bagi pemimpin dunia untuk membuat perancangan bersama untuk menghadapi bencana seperti ini kerana kejayaan semua fasa tersebut  akan bergantung kepada kerjasama politik antara negara.

Mereka  percaya bahawa dengan menimbulkan kesedaran persediaan untuk senario seperti ini akan mengurangkan kemungkinan risiko kemusnahan tamadun.

Pakar-pakar memberi amaran bahawa walaupun senjata nuklear akan menyebabkan kehilangan nyawa yang besar, kebanyakan kematian sebaliknya berpunca daripada kebuluran besar-besaran. 

0/komen