Selamat Tanah Runtuh Selepas Berlindung Dalam Peti Sejuk


Seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun berjaya menyelamatkan diri semasa rumahnya tertimbus dalam bencana tanah runtuh dengan bersembunyi di dalam peti sejuk

Tanah runtuh disebabkan Ribut Tropika Agaton itu melanda daerah Kantagnos dalam wilayah Leyte pada 15 April lalu.

Pihak berkuasa tempatan berkata, mereka menemui budak lelaki itu terbaring di dalam peti sejuk semasa operasi menyelamat.

Dia  dilaporkan berada di rumah bersama keluarganya apabila kampung mereka dilanda tanah runtuh.

Budak  itu mengalami patah beberapa  tulang tetapi semakin pulih selepas menerima rawatan di hospital.

Bapa saudara mangsa, Juanito Orellano berkata bahawa seorang lagi saudaranya cuba menyelamatkan kanak-kanak itu tetapi mangsa menyuruhnya beredar kerana tanah runtuh semakin menghampiri mereka.

Kanak-kanak itu bertindak pantas dengan  bersembunyi di dalam peti sejuk sebagai ikhtiar terakhir untuk berlindung daripada malapetaka itu.

Orellano berkata, ibu bapa kanak-kanak tersebut terbunuh akibat tertimbus di dalam tanah runtuh

 

0/komen