Huawei MatePad SE telah diperkenalkan. Ia dipasarkan sebagai sebuah tablet mampu milik bersama skrin besar bersaiz 10.1-inci.
Paparan yang digunakan adalah sejenis IPS LCD dengan resolusi 1920 x 1200 piksel. Paparannya turut menampilkan saiz bezel yang tebal pada keempat-empat sisi, sekaligus membawakan nisbah skrin ke badan mencapai 80%. Memori yang disertakan pula adalah 4GB RAM dengan padanan storan dalaman 128GB. Tidak ketinggalan, turut terdapatnya pelbagai ciri interaktif untuk tujuan pembelajaran kanak-kanak.
Turut melengkapi tablet ini adalah pembesar suara dengan sokongan audio Huawei Histen 7.0 dan Harmon Kardon. Di samping, ia turut menjalankan sistem operasi HarmonyOS 2.0. Lain-lain spesifikasi termasuklah kamera utama 5MP, kamera hadapan 2mP dan tersedia dalam dua varian sama ada WiFi atau WiFi + LTE.
Huawei MatePad SE dijual pada RMB1499 (~RM984) (WiFi), sementara itu versi WiFi + LTE pula berharga RMB1699 (~RM1,117). Buat masa ini, belum ada sebarang informasi mengenai ketersediaan untuk pasaran luar.
Catat Ulasan