Tikam Anjing Peliharaan


Seorang wanita dari California, Amerika Syarikat menikam mati anjing peliharaan keluarganya selepas haiwan itu menyerang anak perempuannya yang berusia setahun.

Anjing baka Pitbull itu dilaporkan telah menggigit kaki Ruby Cervantes sebelum seekor yang lain turut menyerangnya pada Ahad lalu sekitar pukul 10.20 pagi (waktu tempatan) di kediaman keluarga tersebut.

Ibu mangsa, Jamie Morales yang cedera pada muka ketika meleraikan serangan, cuba menarik dua anjing itu namun gagal sebelum bertindak mengambil sebilah pisau lalu menikam seekor daripadanya sehingga mati.

Menurut Jamie,beliau terpaksa menikam anjing itu. Sama ada ia atau Ruby, dia pilih anaknya.

Sementara itu, nenek kepada mangsa, Margaret Morales berkata, ketika berjalan ke dapur, dia melihat tiga anaknya berada di atas lantai dan cuba untuk menarik anjing-anjing itu.

Ketika seorang daripada mereka bangun, barulah beliau dapat melihat anjing-anjing tersebut menggigit kaki kiri cucunya.

Beliau terpaksa mengalihkan gigi anjing itu daripada kakinya dan ia menggigit tangannya sehingga luka.

Margaret membela dua haiwan itu sejak ia kecil. Anjing yang terselamat telah dibawa ke pusat kawalan haiwan dan akan dibunuh.
 

0/komen