Acu Senjata Api Ke Arah Wartawan


Seorang lelaki mengacukan pistol ke arah wartawan yang sedang melaporkan berita mengenai keganasan senjata api menerusi siaran langsung.

Ketika kejadian, wartawan Fox News, Joanie Lum ketika sedang menjalani penggambaran segmen Good Day Chicago di tepi jalan raya sekitar pukul 7 pagi (waktu tempatan) pada 25 Mei lalu.

Lum sedang membaca daripada notanya sambil bercakap mengenai isu kebimbangan yang semakin meningkat di bandar raya  itu berkaitan senjata api.

Seorang lelaki berjaket hitam tiba-tiba berjalan ke arah kamera dan mengeluarkan sesuatu yang kelihatan seperti senjata api di belakang Lum sebelum beredar. 

Polis Chicago meminta orang ramai untuk mendapat maklumat bagi membantu mengenal pasti lelaki terbabit.

Suspek digambarkan dalam lingkungan usia 18 hingga 25 tahun, berbadan kurus, tinggi kira-kira 167.6 hingga 176.7 sentimeter dan berat antara  57 hingga 63 kilogram.

Dia sebelum kejadian dilihat membeli minuman di sebuah kedai Starbucks.

Kejadian itu berlaku selepas insiden amukan senjata api di  Sekolah Rendah Robb, Texas yang mengorbankan 21 orang.
 

0/komen