
Satu laporan mendedahkan Finland telah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan berlakunya malapetaka nuklear menerusi pembinaan sebuah bandar bawah tanah.
Pihak berkuasa Finland dikatakan telah membina sebuah bandar besar di bawah ibu kota, Helsinki yang turut mempunyai taman permainan, gelanggang hoki dan kolam renang.
Bandar bawah tanah itu mempunyai lebih 500 tempat perlindungan yang mampu menempatkan 900,000 orang. Ia mewakili satu pertiga lebih banyak daripada jumlah keseluruhan penduduk bandar itu.
Memandangkan Finland tidak dilindungi oleh pakatan tentera, bandar bawah tanah itu dicipta untuk melindungi penduduk sekitar Helsinki.
Menurut kata Ketua Komunikasi di Jabatan Penyelamat Bandar Helsinki, Anna Lehtiranta,sebagai sebuah negara yang berkecuali, pihaknya perlu melindungi diri, dan ini adalah cara mereka melakukannya.
Tempat perlindungan bawah tanah yang dibina di batuan dasar Finland berasal daripada pengalaman mereka dalam Perang Musim Sejuk dan semasa Perang Dunia Kedua. Mereka semua mempunyai saudara mara yang menderita melalui trauma itu.
Tempat perlindungan bawah tanah itu mula dibina pada tahun 1960-an selepas kerajaan menggali lebih 9 juta meter padu batuan dasar di bawah Finland untuk menempatkan lebih ramai orang.
Pintu masuk tempat perlindungan itu dibina dengan teliti di bawah tanah serta amat tebal sehinggakan letupan nuklear tidak dapat meninggalkan kesan.
Catat Ulasan