Fesyen Rambut Aneh Singa


Gaya rambut seekor singa jantan di Zoo Guangzhou, China  menarik perhatian netizen kerana kelihatan mirip fesyen bintang realiti televisyen, Tiger King.

Rambut singa yang kebiasaannya berbentuk bulat dilihat bertukar segi empat dengan rambut di bahagian depan dipotong pendek.

Gaya rambut aneh itu mengundang kritikan orang ramai yang menganggap ia telah mengganggu aura dan personaliti Raja Rimba itu.

Menurut seorang pengguna laman sosial tempatan, rambut dan bulu singa tersebut bukan seperti yang dipaparkan dalam gambar tersebut semasa dia melihatnya tidak sampai seminggu lalu.

Pengguna yang menyiarkan gambar itu membuat spekulasi bahawa penjaga zoo adalah orang yang memberi haiwan itu gaya rambut pelik.

Sebagai tindak balas kepada pertanyaan oleh saluran media Guangzhou, seorang pekerja di zoo menjelaskan bahawa penjaga zoo tidak akan pernah berani memotong rambut singa itu dan gaya rambut ini disebabkan oleh suhu lembap di Guangzhou.

Kakitangan itu berkata, singa kebiasaannya membersihkan diri sendiri sebagaimana kucing melakukannya iaitu dengan menjilat dan mengais bulunya.
 

0/komen