Huawei Watch GT 3 Pro turut Dilancarkan di Malaysia. Ia ditawarkan dalam dua variasi berbeza dengan harga RM1399 (46mm), sementara itu variasi 43mm pula berharga RM1599 dengan tali kulit putih dan RM2399 (seramik putih). Dalam pada itu, terdapat juga edisi khas dengan padanan kemasan Porche yang dijual Pada RM
Ia hadir dengan pilihan bahan binaan yang baik bersama kemasan tampak eksklusif. Ia ditawarkan dalam dua variasi berbeza iaitu 46mm dengan saiz skrin 1.43-inci. Sementara itu, variasi 43mm pula dipadankan dengan skrin 1.32-inci. Kedua-duanya bagaimanapun mempunyai banyak persamaannya.
Di mana skrin sejenis AMOLED dan tubuh seramik/titanium dengan kaca Sappire digunakan. Salah satu ciri utama pada jam tangan pintar ini adalah pengesan nadi TrueSeen 5.0 untuk pemantauan kesihatan yang baik. Selain itu, ia juga dilengkapi lebih 100 mod sukan terbina termasuklah sukan Golf.
Tidak ketinggalan, ia juga menyokong penarafan kalis air 5 ATM dan IP68, dalam masa sama turut boleh digunakan untuk menyelam sehingga 30 meter. Tidak ketinggalan, ia juga dikatakan mampu bertahan sehingga 14 hari (46mm), sementara itu model lebih kecil 43mm pula bertahan sehingga 7 hari. Sokongan pengecasan nirwayar turut disertakan.
Catat Ulasan