Jet peribadi perniagaan mula ditawarkan pada dekad 60an bagi memenuhi golongan profesional yang ingin terbang pantas ke destinasi. Learjet medominasi pasaran ini sebelum dicabar syarikat seperti Gulfstream, Cessna dan Bombardier. Minggu ini Bombardier Global 8000 dilancarkan yang menurut pengeluar ialah jet peribadi terpantas di dunia.
Dalam ujian yang telah dilakukan, Global 8000 mencecah kelajuan Mach 1.015 yang bersamaan dengan 1253 km/j. Ini adalah melebihi had minimum supersonik 1,060km/j. Dengan tangki penuh pula ia boleh terbang berterusan sejauh 8000 batu nautika (14816 km). Pesawat boleh terbang ke London tapa henti dan masih mempunyai lebihan 4000 kilometer lagi. Sepasang enjin GE Passport digunakan untuk membekalkan tujahan.
Kabin mempunyai ruang yang cukup untuk menempatkan 19 penumpang pada satu-satu masa. Tetapi dalam konfigurasi lebih mewah ia boleh menempatkan ruang tidur dan juga ruang tamu untuk santai. Penumpang juga bole menikmati sambungan Internet menggunakan jalur Ka.
Bagi juruterbang pula, terdapat sistem bantuan navigasi terkini termasuk paparan HUD dalam kabin dan kawalan secara fly-by-wire. Pesawat Bombardier Global 8000 ini akan memulakan operasi menjelang 2025 dengan tempahan telahpun dibuka.
Catat Ulasan