
Tular di media sosial Indonesia seorang lelaki tua mengahwini gadis berusia 18 tahun.
Gadis bernama Via, 18, berkahwin dengan suaminya, H Sondani yang berusia 65 tahun.
H Sondani merupakan seorang pemilik tanah di kampungnya. Lelaki itu telah memberikan mas kahwin 500 juta rupiah (RM149,978) untuk isterinya.
Bukan itu sahaja, H Sondani turut memberikan rumah, kereta dan pakej menunaikan umrah kepada isterinya.
Berkahwin itu nasib, mencintai itu takdir. Kamu boleh merancang untuk menikahi sesiapa sahaja tetapi tidak dapat merancang untuk mencintai siapa. Yang masih bujang, bersabarlah, mudah-mudahan segera kahwin.
Tidak mengira umur, yang penting banyak duit. Yang muda kalah dengan yang tua.
Catat Ulasan