Kapal Selam Teroka Panorama Bawah Laut


Sebuah resort di Vietnam dilaporkan menawarkan pengalaman luar biasa kepada pelancong untuk menyaksikan panorama Laut China Selatan dengan menaiki kapal selam.

Pelancong di kompleks Vinpearl, Pulau Hon Tre di luar pantai bandar Nha Trang kini boleh menempah perjalanan menakjubkan itu. 

Kapal selam itu dilengkapi fuselaj diperbuat daripada kaca lutsinar untuk pemandangan bawah laut dan berhawa dingin. Ia boleh memuatkan seramai 24 orang pada satu masa.

Dinamakan DeepView 24, kapal selam itu boleh menyelam pada kedalaman 100 meter.

Ia membawa penumpang menyelam selama 30 minit dalam perjalanan melepasi bangkai kapal dan terumbu karang untuk menyaksikan semua jenis hidupan marin.

Kapal selam itu dibina oleh syarikat Triton Submarines yang menghasilkan bahan untuk kapal selam Limiting Factor. Kapal selam Limiting Factor memecahkan rekod belayar ke titik paling dalam di lautan, Challenger Deep yang terletak di Jurang Mariana pada kedalaman 10,927 meter di bawah permukaan laut
 

0/komen