Lamborghini Sebagai Hadiah Hari Lahir


Kanak-kanak terkaya di Nigeria, Muhammad Awal Mustapha menyambut hari lahirnya yang ke-10 dengan menerima hadiah berupa sebuah kereta mewah jenama Lamborghini Aventador yang berharga lebih £300,000 (RM1.6 juta).

Muhammad Awal yang lebih dikenali sebagai Mompha Junior pada akaun Instagram miliknya menyambut ulang tahun kelahirannya pada bulan lalu.

Budak lelaki itu bagaimanapun baru memuat naik gambar hadiah kereta Lamborghini yang diberikan oleh bapanya semalam.

Bapanya, Ismailia Mustapha atau lebih dikenali sebagai Mompha Senior turut berkongsi gambar anak lelakinya di Instagram. Muhammad Awal dilihat memakai tali kasut berwarna kuning untuk dipadankan dengan warna kereta tersebut.

Ismailia menjadi jutawan selepas menjadi Ketua Eksekutif syarikat Mompha Bureau De Change di Lagos.

Jutawan itu mendapat jumlah pengikut yang ramai di akaun media sosialnya sejak berkongsi gambar sebuah kereta Rolls Royce pada Februari 2018
 

0/komen