Peluncur Jerman Takluki Ombak Gergasi


Seorang peluncur ombak dari Jerman memecahkan Guinness World Records apabila dia meluncur ombak setinggi lebih 26 meter dalam aksi ‘berani mati’ di luar pantai Portugal.

Sebastian Steudtner, 36, meluncur ombak gergasi tersebut di luar pantai Praia do Norte, bandar Nazare pada Oktober 2020.

Beliau rasa ia menakjubkan. Beliau telah mencapai semua yang dia mahukan dalam sukan. 

Menurut kata Steudtner dalam majlis pengiktirafan pencapaiannya yang diadakan pada Selasa lalu,ia adalah satu perjalanan yang ‘gila’ untuk sampai ke tahap ini dan rekod ini lebih daripada sekadar angka.

Steudtner pernah memperoleh Anugerah Ombak Terbesar Liga Luncur Dunia sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 2010, 2015 dan 2021.

Guinness menyatakan, pengukuran ombak adalah proses yang panjang dan sukar melibatkan kerja-kerja mendapatkan tangkap layar daripada rakaman video aksi Steudtner dan menggunakan objek lain dalam tangkap layar termasuk badan peluncur sendiri sebagai titik rujukan untuk menentukan ketinggian air.

Dia telah memecahkan rekod peluncur Brazil, Rodrigo Koxa yang dicipta pada 2017 di lokasi sama. Koxa dijangka kembali ke lokasi itu dalam usaha untuk memecahkan rekodnya sendiri. 
 

0/komen