Dibayar RM9,000 Untuk ‘Ternak’ Lipas


Sebuah syarikat kawalan makhluk perosak menawarkan ganjaran wang tunai sebanyak AS$2,000 (RM8,839) kepada pemilik-pemilik rumah di Amerika Syarikat bagi melepaskan 100 ekor lipas di kediaman mereka untuk tujuan eksperimen.

The Pest Informer yang berpangkalan di negeri Carolina Utara berkata, pihaknya mencari lima hingga enam pemilik rumah bagi membolehkan firma itu melepaskan kira-kira 100 ekor lipas Amerika di rumah mereka.

Ia bertujuan untuk menguji kaedah baharu bagi memusnahkan serangan haiwan perosak itu.

Kajian tersebut akan berlangsung selama 30 hari. Pasukan daripada  The Pest Informer  itu akan menggunakan kaedah konvensional bagi menghapuskan lipas-lipas tersebut sekiranya teknik baharu yang digunakan didapati tidak berkesan.

Menurut syarikat itu lagi,semua kaedah penghapusan lipas yang diuji adalah selamat untuk keluarga dan haiwan peliharaan.

Permohonan untuk mengambil bahagian dalam program itu dibuka sehingga 31 Julai ini.
 

0/komen