Feri Iconik Pulau Pinang Tinggal Kenangan


Feri Pulau Pinang Sememangnya Banyak Meninggalkan Kesan Dan Juga Kenangan Manis Dalam Jiwa Masyarakat Malaysia Yang Pernah Berkunjung Ke Negeri Pulau Mutiara Serta Menaiki Perkhidmatan Feri Tersebut. Bila Sebut Pulau Pinang Semestinya Feri Inilah Yang Mula² Sekali Terlintas Di Fikiran Kita...Betul Tak?!





























✅ Perkhidmatan Feri Pulau Pinang Merupakan Antara Perkhidmatan Feri Tertua Di Malaysia.

✅ Pekhidmatan Feri Ini Bermula Pada Tahun 1894 Dan Ianya Diusahakan Oleh En Quah Beng Kee.

✅ Di Awal Permulaannya Reka Bentuk Feri Pulau Pinang Ini Bukanlah Seperti Yang Kita Sekarang...Ianya Adalah Lanci² @ Bot Kecil Kuasa Wap Saja. 

✅ Pada Tahun 1924 Perkhidmatan Feri Pulau Pinang Ini Telah Diambilalih Sepenuhnya Oleh Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang.

✅ Setelah Diambilalih Oleh LPPP...Semuanya Telah Diupgrade Dan Ditambah Baik Sedikit Demi Sedikit Sehingga Dapat Mengangkut Kenderaan Bermotor.

✅ Pada Ketika Itu Hanya Terdapat Satu Feri Berkuasa Wap Bernama “Seberang” Yang Telah Dibina Oleh Lembaga Pelabuhan Singapura. Ianya Beroperasi Dari Butterworth Di Seberang Perai Ke Terminal Tun Uda Di Georgetown Pulau Pinang.

✅ Disebabkan Sambutan Yang Menggalakan, LPPP Menambah Lagi 3 Buah Feri Besar Yang Diberi Nama Tanjung, Kulim Dan Bagan.

✅ Pada 1941-1945, Perkhidmatan Feri Ini Mulai Lumpuh Disebabkan Perang Dunia Kedua...Zaman Penjajahan Jepun. Feri² Yang Sedia Ada Semuanya Telah Rosak Kesan Daripada Perang Tersebut.

✅ Pada April 1946 LPPP Diberi Nafas Baru. Feri Bagan Diperbaiki Dan Beroperasi Semula Dan Tongkang² Digunakan.

✅ Disamping Itu, Terdapat Juga Kapal Perisai Pendarat Tentera British Yang Telah Diubahsuai Dengan Kemudahan Tempat Duduk Penumpang Telah Diguna Pakai Sebagai Pengangkutan.

✅ Pada 1957 LPPP Sudah Bertukar Tangan Dan Telah Diambil Alih Pula Oleh Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP).

✅ Sepanjang 1957-1959, SPPP Telah Berjaya Menambah 5 Buah Feri Membawa Penumpang Fan Kenderaan Berat.

✅ Pada 1959, Pangkalan Feri Baharu Di Pulau Pinang Iaitu Pangkalan Raja Tun Uda Dan Di Butterworth, Pangkalan Sultan Abdul Halim Telah Dirasmikan Oleh Perdana Menteri Malaysia Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

✅ Pada 2017 Perkhidmatan Ini Telah Diambil Alih Oleh Prasarana Malaysia Dan Ditukar Nama Kepada Perkhidmatan Rapid Ferry. Perkhidmatan Feri Ini Beroperasi Fengan Lapan Buah Feri Dan Pulau Rawa Telah Ditamatkan Perkhidmatannya.

Seharusnya Perkhidmatan Feri Ini Harus Dikekalkan Kerana Ianya Merupakan Icon Bagi Negeri Palau Pinang Itu Sendiri Dan Merupakan Daya Tarikan Bagi Eko Pelanconcongan Pulau Mutiara Sejak Zaman Berzaman. Namun Sayang Seribu Kali Sayang Semuanya Kini Tinggal Kenangan.

0/komen