
Seorang bayi berusia sebulan maut dibunuh kawanan monyet di Mwamgongo, Tanzania, selepas merampas mangsa daripada ibunya.
Ketika kejadian, bayi bernama Luhaiba itu sedang disusukan oleh ibunya, Shayima. Beberapa ekor monyet secara tiba-tiba menceroboh rumah mereka lalu merampas bayi lelaki itu.
Bayi malang tersebut dikatakan mengalami kecederaan di kepala dan leher. Dia dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan.
Dalam usaha untuk menyelamatkan Luhaiba daripada cengkaman monyet, penduduk kampung cuba menggunakan kekerasan, kata komander wilayah, James Manyama.
Haiwan-haiwan itu membelasah kanak-kanak berkenaan lalu membunuhnya.
Dia (Shayima) menjerit meminta tolong dan penduduk kampung bergegas ke rumahnya untuk membantu menyelamatkan anaknya daripada kawanan monyet.
Apabila mereka cuba mengambilnya secara paksa, dia (Luhaiba) cedera di kepala dan leher.
Menurut Manyama lagi,kampung Mwamgongo berkongsi sempadan dengan Taman Negara Gombe. Insiden haiwan menceroboh kampung bukanlah perkara yang luar biasa.
Catat Ulasan