Najis Manusia ‘Tercicir’ Keluar

Kesemua penumpang sebuah bas persiaran di Indonesia disaman selepas tiada seorang pun daripada mereka mengaku  bertanggungjawab membuang najis keluar dari kenderaan itu.

Seorang anggota polis  bertanya kepada penumpang bas mengenai najis yang dikesan ‘tercicir’ dari bas tersebut ketika berhenti mengisi minyak.

Bagaimanapun, tiada seorang pun yang mengaku melakukan perbuatan tersebut dan menyebabkan semua penumpang didenda oleh pihak berkuasa.

Ianya  menjadi tular di media sosial Indonesia.Pasti orang yang membuang najis itu sangat malu dan tidak sanggup bangun serta mengaku.Akhirnya semua orang didenda. Apa yang penting, selesai sudah isu najis.
 

0/komen