
Nilai mata wang kripto Bitcoin menjunam lagi ke tahap RM 104,424 hari ini. Ini adalah lebih daripada separuh nilai tertinggi RM 280,805 yang dicatatkan oleh Bitcoin pada permulaan November tahun lalu. Penurunan nilai Bitcoin hari ini turut menyebabkan nilai kripto lain seperti Etehereum dan Solana turut menjunam.
Nilai Bitcoin menjunam sehingga 22% dalam masa hanya lima hari sahaja. Pelabur mula melepaskan pegangan kripto mereka kerana kadar inflasi yang semakin meningkat. Tahun 2022 ialah tahun yang cukup mencabar bari pelabur kripto. Demam NFT di awal tahun meningkatkan nilainya secara mendadak dan krisis di Ukraine menyebabkan ia kembali tersungkur.
Catat Ulasan