
Sepasang pengantin baharu di Myanmar sanggup menguruskan mayat seorang gelandangan semasa dalam perjalanan pulang dari majlis perkahwinan mereka.
Pasangan Maung Zin Phyo Aung dan isterinya, Ma Htet Htet Htwe baru sahaja pulang dari melangsungkan perkahwinan di sebuah rumah mayat di Yangon.
Mereka memilih berkahwin di lokasi yang agak pelik itu kerana masing-masing merupakan pekerja di rumah mayat berkenaan. Pasangan itu jatuh cinta ketika bekerja bersama.
Maung merupakan seorang pegawai rumah mayat, manakala Ma pula ialah pekerja pembersihan di situ.
Beliau tidak menganggap penemuan mayat semasa masih memakai busana perkahwinan sebagai petanda yang baik atau sebaliknya.
Menurutnya mereka hanya melakukan tugasnya sebagai pekerja rumah mayat dan berbangga dengan pekerjaan masing masing.
Ma dan Maung turut membantu pekerja rumah mayat menguruskan mayat lelaki tua yang ditemui itu sebelum kembali meneruskan perjalanan untuk pulang ke rumah
Catat Ulasan