Razer Ornata V3 Dan V3 X Di Malaysia


Razer telah mengumumkan papan kekunci  terkini mereka, Razer Ornata V3 dan juga Razer Ornata V3 X untuk pasaran tempatan.

Kedua-dua papan kekunci ini hadir dengan rekaan bersaiz penuh, dimana ia menggunakan suis membran mekanikal keluaran Razer sendiri bersama-sama dengan kekunci plastik ABS dengan aksara yang memanfaatkan sistem pencahayaan RGB yang terbina didalamnya.



Razer Ornata V3 hadir dengan sistem pencahayaan RGB 10 zon, manakala Ornata V3 X pula hanya mempunyai satu zon pencahayaan. Model V3 juga mempunyai butang-butang kawalan media terbina di bahagian atas kiri papan kekunci ini.



Keunikan Razer Ornata V3 X pula hadir melalui fungsi kalis tumpahan cecair yang memastikan bahawa papan kekunci anda tidak rosak sekiranya anda menumpahkan minuman kedalam papan kekunci secara tidak sengaja.


Kedua-dua papan kekunci ini juga hadir dengan tempat letak tangan magnetik untuk pengalaman menaip dan gaming yang lebih selesa untuk tujuan penggunaan berjam-jam lamanya.


Razer Ornata V3 dan Razer Ornata V3 X ini sudahpun mula ditawarkan di kedai-kedai pengedar aksesori Razer pada harga berikut:

Razer Ornata V3 – RM329
Razer Ornata V3 X – RM159

0/komen