Tangkap Buaya 1 Tan Seorang Diri


Seorang lelaki berusia 53 tahun di Sulawesi Tenggara menangkap seekor buaya sepanjang 4 meter dan berat 1 tan seorang diri ketika terserempak dengan reptilia itu di dalam sebuah kebun.

Lelaki dikenali sebagai Usman itu merupakan penduduk Desa Ambuau Indah, Kecamatan Lasalimu Selatan di Kabupaten Baton. Menurutnya, dia menangkap buaya itu dengan menggunakan tali.


Beliau  terserempak dengan buaya ini ketika melalui kebun dan kebetulan dia membawa tali.

Beliau ikat ekornya terlebih dahulu sebelum menarik lebihan tali untuk dililit pada sebatang pokok. Selepas ikatannya kemas, barulah dia mula mengikat anggota badan yang lain.

Menurut Usman, dia mengambil masa sejam untuk benar-benar memerangkap haiwan itu dalam ikatan tali yang kukuh.

Tambahnya, buaya itu sudah beberapa kali  dikesan muncul di kawasan kediaman dan ia datang dari Sungai Malaoge yang merupakan lokasi binatang bias itu membiak.
 

0/komen