Seorang wanita di Britain bertindak memakan hamster peliharaan anak perempuannya sebagai pertukaran untuk mendapatkan dadah kokain.
Polis menahan seorang wanita di Lincolnshire kelmarin kerana disyaki melakukan kekejaman terhadap haiwan dengan membunuh dan menelan seekor hamster.
Penahanan suspek adalah sebahagian daripada siasatan Persatuan Diraja untuk Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan (RSPCA) berhubung rakaman video aksi meloyakan tersebut yang dikongsi di laman Facebook.
Video itu bermula dengan suspek membunuh hamster milik anak perempuannya sebelum menelan haiwan peliharaan itu sambil memegang sebotol air.
Perbuatan memakan hamster itu adalah sebahagian daripada perjanjian wanita berkenaan untuk mendapatkan kokain.
Pihak polis telah menahan seorang wanita berusia 39 tahun kerana disyaki melakukan kekejaman terhadap haiwan berikutan paparan video dia memakan hamster di media sosial.
Wanita dari bandar Grantham itu ditahan pada 23 Jun lalu (kelmarin) susulan siasatan diketuai oleh RSPCA.
Suspek dibebaskan di bawah siasatan dan pihaknya akan terus membantu RSPCA dalam siasatan mereka.
Catat Ulasan