
Xiaomi Malaysia kini membawa masuk gelang tangan pintar baharu mereka, iaitu Xiaomi Smart Band 7 secara rasminya, pada harga RM199. Menariknya, bersempena dengan pengenalan ini, pengguna boleh mendapatkan ia pada harga RM169 pada 25 Jun 2022 ini.

Xiaomi Smart Band 7 hadir dengan skrin 1.62-inci AMOLED, dan menawarkan sejumloh mod sukan serta kecergasan baharu. Xiaomi mengatakan ia menawarkan ketahanan bateri selama 14 hari, disamping sokongan kalis air 5ATM.
Xiaomi Smart Band 7 juga turut menyertakan sokongan pemantauan corak tidur, disamping membolehkan memantau kadar oksigen dalam darah sepanjang hari, termasuk pemantauan kadar denyutan nadi.
Catat Ulasan