Satu pasukan pendayung wanita berjaya memecah rekod dunia apabila mendayung sejauh lebih 2,400 batu nautika (4,444.8 kilometer) dari California ke Hawaii dalam masa 34 hari, 14 jam dan 11 minit.
Libby Costello, Sophia Denison-Johnston, Brooke Downes dan Adrienne Smith yang turut dikenali sebagai kru Lat35, memulakan perjalanan mereka dari kota raya San Francisco Jun lepas.
Mereka tiba di Honolulu pagi Selasa lalu.
Empat wanita berkenaan mencipta rekod dunia bagi masa terpantas melakukan perjalanan tersebut untuk kategori pasukan wanita dan menamatkan perlumbaan yang dinamakan Great Pacific Race.
Menurut kata Downes dalam program televisyen Good Morning America sejurus tiba di Hawaii,beliau mahu orang berfikir bahawa golongan wanita adalah hebat walaupun mereka hanya manusia biasa. Tiada apa yang membezakan mereka dengan orang lain.
Sepanjang perjalanan pasukan tersebut, mereka turut berjaya mengumpul derma untuk Persatuan Kebimbangan dan Kemurungan Amerika.
Pencapaian mereka akan disenaraikan di dalam Guinness Book of World Records selepas ini
Catat Ulasan