
Seorang lelaki Britain mencipta kelainan dengan memandu kereta kebal untuk pergi ke pasar raya bersama anak-anaknya bagi membeli barangan keperluan rumah.
Gary Freeland, yang berasal dari Wiltshire, England sering memandu jentera tentera berharga £20,000 (RM106,817) itu sambil ditemani anaknya, Freddie, Phoebe dan Harrison.
Freeland berkata, kereta kebal itu adalah alasan terbaik bagi memujuk anak-anaknya untuk turut membantu ketika membeli-belah.
Menurutnya lagi,anak-anaknya akan menawarkan diri jika beliau memberitahu mahu ke pasar raya kerana mereka tahu, dia akan memandu kereta kebal itu.
Anak-anaknya berpendapat ia sesuatu yang hebat kerana tiada seorang pun rakan mereka yang berpeluang menaiki kereta kebal tentera.
Menurut Freeland, dia perlu membelanjakan hampir £800 (RM4,272) bagi mengisi penuh tangki minyak kereta kebal tersebut yang bersaiz 400 liter
Catat Ulasan