Bergelar Nenek Pada Usia 36 Tahun


Seorang wanita di China mencetuskan perdebatan nasional mengenai perkahwinan awal apabila mengumumkan  bahawa dia sudah bergelar nenek walaupun usianya baru 36 tahun.

Wanita bernama Zhang itu berkata ketika mengumumkan kelahiran cucunya.

Beliau mengaku secara rasminya bergelar nenek. Dia dilahirkan pada tahun 1980-an dan kini mempunyai seorang cucu.

Beliau sepatutnya mendodoikan anak lelakinya yang berusia tujuh tahun sekarang  tetapi dia sebaliknya sibuk menjaga cucu yang baru lahir.

Ia juga mencetuskan perdebatan hangat di China mengenai sama ada berkahwin dan mempunyai anak pada usia muda perlu digalakkan.

Zhang membuat kenyataan bahawa gelaran nenek di usia belum mencecah 40 tahun bukanlah sesuatu yang dibanggakan.

Ia bukan sesuatu yang boleh dibanggakan.Beliau berhenti sekolah dan meninggalkan rumah pada usia muda untuk bekerja di bandar besar dan dia berkahwin pada usia 19 tahun.

Beliau merancang untuk menghantar anaknya untuk mendapatkan pendidikan yang baik tetapi dia ( anaknya )  tidak mengendahkan nasihat beliau dan memilih jalan sendiri dalam hidup.

Zhang bagaimanapun berkata, bukan dia  seorang sahaja di kampung halamannya, Nanyang, yang mempunyai cucu pada usia seawal itu.

Menurutnya lagi,orang yang berhenti sekolah awal biasanya berkahwin muda dan mempunyai cucu  tetapi mereka mungkin tidak menceritakan kisah mereka.

Pada masa ini, umur minimum untuk berkahwin di China adalah 22 tahun untuk lelaki dan 20 tahun untuk wanita. 
 

0/komen