Bina Bangunan Terbesar Dunia Sepanjang 120 km


Arab Saudi ini membentuk semula imej mereka sebagai negara berteknologi moden dan lestari. Pelaburan membina tempat pelancongan moden mula dilakukan dengan pempengaruh dari Barat dibayar untuk mempromosikan destinasi percutian yang menarik. Seterusnya Arab Saudi akan membina bangunan terbesar dunia yang mampu menempatkan 5 juta penduduk.


Bangunan yang diberi nama The Line terdiri daripada dua pencakar langit yang setiap satunya sepanjang 120 km dan setinggi 1500 kaki. Ini menjadikannya lebih tinggi berbanding Menara Berkembar PETRONAS sekaligus turut menjadikannya struktur terbesar pernah dibina oleh Manusia.

Ia terletak di bandar NEOM di daerah Tabuk, Barat Laut Arab Saudi.
Skala projek sebenarnya lebih besar dengan ia terdiri daripada dua menara sepanjang 170 kilometer, setinggi 500 meter, selebar 200 meter bakal menempatkan 9 juta penduduk.The Line tidak akan mempunyai jalan raya atau sebarang kereta.

Sebaliknya setiap komuniti direka untuk boleh mengakses keperluan harian dengan berjalan kaki selama 5 minit. Perjalanan dari satu hujung The Line ke hujung yang satu lagi akan hanya mengambil masa 20 minit menggunakan sistem kereta api bawah tanah halaju tinggi.


Penduduk The Line akan menggunakan kereta api halaju tinggi bawah tanah untuk pergi ke semua destinasi di antara hujung ke hujung struktur mega ini dengan pantas. Penduduk bandaraya linear ini tidak memerlukan bekalan dari luar dengan kesemua yang diperlukan termasuk bekalan makanan akan dihasilkan sendiri termasuk penggunaan sumber tenaga mesra alam.


Sumber tenaga lestari sepenuhnya akan digunakan dengan impak ke atas kawasan persekitaran akan dikurangkan kerana bangunan dibina bertingkat tidak seperti rekaan bandaraya konvensional. Selain tempat tinggal taman awam, tempat kerja, kawasan pertanian dan pusat komersial The Line semuanya terbina dalam struktur yang akan menjadi yang terbesar di dunia sekiranya ia berjaya disiapkan.





Sebuah stadium turut akan dibina pada ketinggian 1000 kaki dari permukaan tanah di antara dua pencakar langit. Pembinaan dianggarkan menelan belanja $1 trilion dan mengambil masa 50 tahun. Tetapi Putera Muhammad Bin Salman ingin ia disiapkan menjelang 2030.
 

0/komen