Ditinggal Suami Kerana Lahirkan 5 Pasangan Kembar


Seorang wanita dari Uganda ditinggalkan suaminya selepas melahirkan pasangan kembar kelima mereka dengan alasan keadaan tersebut adalah tidak normal.

Nalongo Gloria, telah ditinggalkan oleh suaminya, Ssalongo ketika dia melahirkan anak kesembilan dan kesepuluh mereka.

Tiga hari selepas beliau disahkan hamil anak kembar kelima mereka, suaminya memberitahu dia tidak sanggup menjaga anak yang terlalu ramai dan menyuruh beliau pulang ke kampung halaman.

Namun kata Nalongo Glorialagi , tiada tempat untuk beliau tuju kerana dia datang ke Kampala untuk bekerja sebagai pembantu rumah.

Gloria dan anak-anaknya kini menyewa sebuah rumah kecil bersama sebahagian daripada anak-anaknya.

Beliau tidak menyesal melahirkan anak-anak ini walaupun kewujudan mereka dinafikan oleh bapa sendiri.

Kini, beliau perlu memikirkan ke mana mahu pergi apabila tuan rumah memaklumkan dia tidak suka beliau dan anak-anak tinggal di sini.

Tambah Gloria, beberapa anaknya yang sudah dewasa sudah membawa haluan hidup masing-masing dan dia tidak tahu lokasi mereka yang terkini.
 

0/komen